Saturday, January 29, 2011

Jangan Tulis Kad Kahwin Dalam Jawi

Assalamualaikum...

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se Islam.

Ada satu pagi mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga.  Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun.
Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini.

Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut,
jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or
jawi. Tulislah dalam bahasa rumi.  Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.

Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan
menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran.  Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.

Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.

Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar

Thursday, January 27, 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Surat Cinta RockerSejati Kepada Awek



Salam,
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu “antara gadis” masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!


Yang Benar,
Rockersejati.

Sunday, January 16, 2011

Merdeka Merdeka Merdeka...!!!!

hekhekhekhek bermula la kehidupan baru dan status baru.. merdeka juga akhir nya.. selama 3 tahun 6 bulan den bertahan.. bebas gak dari tempat tu.. hik3 la ni status den penggangur a.k.a tanam anggur.. insyallah akan berjaya la tanaman y akan diusahakan ni... ahaks!!! cayork cayorkkkk tuk diri sendiri.. =)

Sunday, January 2, 2011

Kehidupan Kelekaan Kesengalan Keseronokan Kegilaan

hikhikhik.. ni la keHIDUPan keLEKAan keSENGALan keSERONOKan keGILAan den hari-hari. Ni je lah den ngadap selain dari fb skype dan ym ni lah dunia den.. :p nak ngajak la kengkawan mane2 yg suka chat2 ni meh la join disini. Leh join menggunakan web di sini >>> http://sengal.info/irc kat mIRC pon boleh ikut server >>> /server Kg.Sengal.Info boleh jugak on9 guna hp. Skang zaman kan dah canggih semua nye di ujung jari la!! ahaks!! Kengkawan leh cari gak kt fb di link >>> http://www.facebook.com/home.php#!/group.php?gid=324131593414 sambil2 berchat2 ni leh jugak mendengar radio SengalFM di link >>>
http://www.facebook.com/apps/application.php?id=136838746357401 yeahhh!! mari lah kita menyengalkan diri!! =)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru!!!

seEEeLaammaaAAttt taHun BaruuuuuuUUuu!!!! iskk bru je umur den bertambah da masuk tahun baru... maknanya ag bertambah la umur den!! tiiDDddaaaaKKkkkk!!! xde2 umur den tetap mentain lagi.. pai ujung tahun ni tetap lagi.. ngeee... dah tahun 2011 ase mcm kejap je.. pejam celik pejam celik dah 24 tahun den idop.. eh! Ape azam tahun 2011 ni?? ntah la. den pon xtau.. konon nk wat azam last2 nnt bukannye ditunaikan.. ahaks!! ape2 pon moga tahun 2011 ni menlancarkan perjalanan hidup den klu ade ape2 dugaan y datang den redha dan terima je la.. hik3

Selamat Tahun Baru 2011 buat semua kengkawan!!! Leb u all!!