Friday, December 31, 2010

Hepi Besday to Me!!!

Hekhekhekhek lambat lak update psl besday den!!! asyk lupa je.. dok igt benda len.. hikhikhikhik.. weiiiiii!!! hEpi bEsdAy to Me bertambah dah usia den.. tp tetap muda belia lagi okek!!! maceh pada semua2 yang wish kt fb , msg , skype , secara live!!! maceh semua!! dannn!!! special thanks la pada My VIP kerana sudi teman mlm tu pai pagiiiii... Ubeli Lorh!! Muah! Muah! :p


Pada 30hb ritu lokasi : opis je ade potong kek. maceh busu kerana belanja kek secret recipe.. hik3 (sbb den nk benti tu y banje kek mahal.. ahaks! :p ) maceh busu mad jd ketua membaca doa pada ptg tu.. moga ape2 y di doakan tu tercapai la hendaknya.. amin.. =)

pada hari yang sama gak.. adik pompuan den sorang ni balik dr asrama poli terus msuk bilik hulur 1plastik kt den.. bukak2 dia hadiah kan jam ni.. hik2 maceh dak john!!! walaupon jam ni b3 habis... den terima la.. mcm xikhlas je kan bg jam b3 da mati.. cisss!!! hakhakhakhak!! kena la den tukau b3 jam ni.. ngeee

erm.. umur da bertambah satu.. semua dok tanya bile lagi? haiipppp!!! xkawin pon leh idop ape.. igt senang k nk kawin.. isk2!! :p ape2 pon klu da ade jodoh tu xkemana kan.. tgu ngn sabau je laa.. hehehehe =)

Sengal Team Year End Gathering Part 2

Yeahhhh terjadi nye part 2 ni sbb nk selit-selitkan lagi video  dengan pic masa gath ritu.
hikhikhikhik sila2 la komen video ni!!!

 
dakni mmg pantang nampak camera!!

pastu tergolek!! :p
syyoookkKKk dok bwh air terjun tuuu




yeahhh!! ni saje je lahh sekiann... ahaks!!!
lupa lak nk selit 1 video ni!! hihihihihi....

Monday, December 27, 2010

Dapat Award !!!

Hikhikhik xtau ape nk type ni!!! ahaks :p terkedu sbb dpt award dr sis serina mucuk!! ekekekekeke xreti tul. ape2 pon maceh wat sis serina mucuk!! sayam sis lebihhhh!! muahh!! =)

Saturday, December 18, 2010

Sengal Team Year End Gathering

ngee lame giler xupdate blog ni.. so skang ni nk update sikit la.. mau cite psl Sengal Team Year End Gathering pada 10hb - 12hb Disember 2010.. hik3 beshhhhhhhhhhh... rugi tul sape y xjoin tu.. xleh nk type byk2 sbb seronok ngn besh tu xterkata lorh!! :p meh2 tgk pic ni.. selit sikit lam ni.. xleh byk2.. hik3 :p

Pantai Balok
Air Terjun Sungai Pandan

=)
hikhikhik =)
saje selit 1 video kt sini :p

Thursday, November 25, 2010

" Along sayang sangat kat mak "

Mak...
Mak ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak selalu cium along.
Along suka sangat bila mak cium along…Along pun cium mak balik.
Along cakap “Mak… Along sayang sangat kat Mak”
Mak balas “Mak tak sayang Along pun”
Along merajuk sebab mak cakap macam tu.
Lalu mak peluk dan cium-cium pipi along sambil berkata
“Mesti la Mak sayang Anak Mak…Mak Bergurau jela…”
Along senyum dan membalas ciuman dan pelukan mak…

Along riiiiiindu sangat kenangan tu...
Bila Along masuk sekolah darjah 1…
Pagi-pagi mak hantar along pergi sekolah..
Depan pintu pagar sekolah turun kereta,
Mak peluk dan Mak cium along macam along pergi sekolah tak balik-balik dah lepas tu… Along pun membalas ciuman Mak sambil ucap “Along sayang Mak”

Sekarang Along dah sekolah menengah….
Mak cium Along depan pagar sekolah.
Along cakap kat Mak, “Mak, besok Mak cium Along dalam kereta je la ek….”
Mak senyum. Mulai hari tu Mak cium along dalam kereta je…

Semalam Along dilantik jadi Ketua PKBM sekolah.
Mak hantar Along pergi sekolah
Bila Mak nak cium Along dalam kereta Along cakap,
“Mak…Along segan la Mak cium Along…nanti kawan-kawan ejek Along…diorang kata Muka Ganas, Tapi Manja (Anak Mak)” Mak Senyum.

Mulai hari itu Mak tak lagi cium Along bila hantar pergi sekolah….
Kenangan ni sudah 15 tahun berlalu mak….
Sudah lama Mak tak cium Along, Along tak cium mak.
Along rindu ciuman mak. Along rindu nak cium mak.
Hari ni, Along cium mak banyak-banyak.
Along peluk Mak erat-erat tapi mak tak balas ciuman Along.
Walaupun Mak tak balas ciuman Along,
Along terus cium mak banyak-banyak sebab Along tahu, selepas ini tiada lagi peluang Along untuk cium mak.

Along sayang Mak….

Lelaki Tahu Perempuan Tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Monday, November 22, 2010

Doa Melupakan Kekasih Lama..

CINTA SEJATI..itu la yg korg semaikan di dalam hati korg utk si dia..tetapi..kite hanya merancang. ALLAH jua yg menentukan segalanya..jgn terlalu cepat berputus asa dan menutup pintu hati korg utk sesiapa lg..sbb kat luar sane masih ramai yg akan menghargai  korg..cume masenye uk pertemuan 'kamu dan dia' masih belum kesampaian..jadi bersabarlah dan hadapi sume ini dgn tabah..sesugguhnya jika benar dia adalah jodoh korg..pasti x kemana..yg penting skang korg perlu lupekan die demi kebahagiaan die dan dri korg sndri..cinta itu x boleh dipaksa...

 Korg mungkin dah berusaha..tp usaha yg disertakan doa lebih mujarab..bak kate cikgu2 time kiter skool dlu..mesti ada D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar dan tawakal)..skang korg cume perlu ikut panduan pade gambar yg terdapat pada note ni..dan amalkan setiap 3 kali bacaan selepas solat subuh n maghrib..





"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu..♥"


"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untukmendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."

‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

SELAMAT MENCUBA!! InsyaAllah..korg boleh..jgn bersedih lg..teruskan hidup dgn maju kehadapan tanpa segala bebanan minda dan psikologi...-_-
amin..=)