Friday, October 8, 2010

Tanda Wanita Telah Jatuh Cinta

Wanita tidak mudah dibaca perasaannya. Betapa mudah melihatnya serasi dengan anda, tapi yang nyata dia hanya menganggap anda sebagai kawan. Sebenarmya, wanita agak sukar untuk didekati, walaupun anda sering melihat si dia mencuri-curi pandang pada snda. Oleh itu, bagaimana tanda-tanda seorang wanita yang telah benar-benar jatuh cinta?
Bila anda cukup faham, anda akan mampu menafsir perasaannya dengan hanya melihat bahasa tubuhnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah memperhatikan secara halus. Perhatikan tindakbalasnya apabila anda secara tiba-tiba menyentuh tangannya. Adakah dia kelihatan malu dan mengalihkan tangannya atau nampak tidak senang dan segera meninggalkan Anda?
Seorang wanita yang tertarik kepada seorang lelaki, si dia akan memperlihatkan keadaan selesa. Si dia tidak akan keberatan bila secara tidak sengaja (atau sengaja!), anda menyentuh tangan atau lengannya.
Tanda berikutnya adalah semasa anda berkomunikasi dengannya. Adakah anda dan si dia sanggup berbual selama berjam-jam dan berhubung secara rutin tanpa memperlihatkan kesukaran untuk mendapatkan topik perbualan? Jika itu terjadi, maka sebenarnya dia menyukai Anda. Manfaatkan waktu ini dan tanyalah dia adakah dia sudi keluar bersama Anda.
Setelah itu, perhatikan bagaimana sikapnya ketika si dia sedang bersama anda. Perhatikan bagaimana caranya si dia melayankan anda. Jika anda perlu bantuan, adakah dia sudi membantu anda? Adakah si dia menunjukkan perhatian pada anda? Adakah si dia sering ada ketika anda memerlukannya? Perkara sebegini dapat dijadikan petunjuk, adakah si dia betul betul menyukai anda atau tidak.Ada satu perkara yang perlu anda perhatikan, dan sangat penting. Anda harus peka memerhati dan melihat adakah si dia melakukan hal-hal yang baik hanya untuk anda atau untuk orang lain juga. Jika hanya kepada anda, anda mempunyai peluang disitu.
Sebelum Anda membuat sesuatu keputusan, pastikan bahawa si dia betul betul mempunyai perasaan kepada anda dan bukan hanya sekadar teman berbicara. Sudah pasti, anda tidak mahu terpikat kepada orang yang salah.

No comments:

Post a Comment